Skip to main content
ajarsantai
  • Home
  • News
  • Products
  • Services
  • About Us
  • Contact
  • Travel pictures gallery
  • International

Voyager Space Probe 1

6 Oct, 2022, No comments
Tahukah anda Voyager 1 space probe adalah objek buatan manusia yg kini berada paling jauh dari Bumi? Dianggarkan jaraknya 23.3 biliion KM dari Bumi (setakat Januari 2022) & ianya bergerak dengan kelajuan 60000 km/j . Voyager 1 juga adalah probe yang paling lama 'berkhidmat' hingga kini.

Dilancarkan NASA pada 1977 untuk mengkaji angkasa lepas seperti solar wind , magnetic field , cosmic ray dll.Walaupun kedudukannya sangat2 jauh dari kita di Bumi, Voyager 1 masih lagi menghantar isyaratnya ke pusat kawalan di Bumi walaupun selepas 44 tahun 'berkelana' di angkasa.

Voyager menghantar isyarat ke Bumi dgn 21W signal..namun disebabkan ianya sangat jauh, isyarat yg diterima sangat lemah. ..menjadi 0.00000001w (lebih kurang)
Sejajar dengan peningkatan teknologi, NASA masih dapat menerima isyarat. Cuma persoalannya hingga bila kita masih dapat menerima isyarat.. Dianggarkan Voyager 1 ni akan kehilangan kuasa dalam 5 , 6 tahun lagi...Voyager 1 akan 'hilang' di angkasa lepas sana..di luar dari galaksi kita.
Jadilah Voyager 1 seorang pengembara terapung2 di angkasa sana yang jaraknya berbillion2 KM 🥰🇲🇾

Gambar: Space Probe Voyager 1




Antara Presiden & Perdana Menteri

10 Oct, 2021, No comments

Presiden & Perdana Menteri (PM) bagi sesebuah negara. Ada negara yg mempunyai hanya PM..ada yg hanya mempunyai Presiden dan ada juga yg mempunyai kedua2nya..Jadi, soalannya..apa beza kedua2 jawatan tertinggi ni? Haaaa jawab.,jawab

Sebenarnya kuasa & tanggungjawab bg kedua2 jawatan tinggi ni berbeza jugak mengikut negara serta infrastrukur kerajaannya. Presiden biasanya dipilih melalui undian oleh para pengundi manakala PM pula biasanya dilantik di dlm satu 'legislative body' atau institusi politik spt Dewan rakyat cthnya klu di Malaysia kita ni, Satu lagi beza adalah kedudukan mereka di dlm sistem politik..

Presiden biasanya adalah ketua negara manakala PM adalah ketua kerajaan. Di Malaysia kita ni tiada Presiden, YDP Agong adalah ketua negara Malaysia.

Satu lagi..Presiden biasanya hanya memegang satu jawatan sahaja yakni Presiden (ketua negara) makanala PM boleh pegang lain2 portfolio cth : PM boleh pegang jawatan sbg Menteri Kewangan. Tapi di sesetangah negara yg tiada PM ,cth Brazil , USA dan Afrika Selatan..Presiden bertindak sbg ketua negara dan ketua kerajaan.

Negara Jerman sbg cth : mempunyai Presiden tetapi kuasa Presiden agak terhad berbanding Chancellor (spt PM juga). Jadi jawatan mana yg lebih besar kuasa? Bagi negara2 yg mempunyai kedua2 jawatan..biasanya PM lebih berkuasa.
Singapura, India sbg cth mempunyai Presiden tetapi kuasa PM lebih besar.
Juga Indonesia dan Filipina pernah mempunyai PM suatu masa dulu tetapi kedua2 negara telah mansuhkan kedua2 jawatan PM mereka pada pertengah 1980-an dulu. Kini kedua2 negara ni hanya mempunyai Presiden~ AS

Beza Bakteria & Virus. Apa pula kuman?

9 Oct, 2021, No comments

Bakteria & virus..dua makhluk mikroskopik ..maknanya yg sangat2 halus atau seni..tak leh tengok dengan mata kasar, kena tengok dengan teropong hikmat Raja Bomoh..opss maksud hamba dengan mikroskop.

Apa beza antara mereka?.. banyak beza..antaranya..bakteria hidup secara sendiri, boleh membiak manakala virus pulak memerlukan 'host' atau perumah..dia tumpang host tapi dalam masa yang sama dia merosakkan sel2 host yang ditumpang tadi. dari segi saiz, saiz bakteriia adalah lebih besar dari virus..ada yang hingga 200 kali ganda lebih besar dari saiz virus.

Kedua2 bakteria & virus boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, haiwan juga tumbuhan. Bakteria ada jugak yang baik untuk tubuh badan manusia. Biasanya sakit yang disebabkan oleh virus (bukan virus yang sangat merbahaya) akan ambik masa 2-10 hari utk sembuh bergantung kepada imun badan seseorang..perlu banyak berehat , minum air manakala sakit yg disebabkan bakteria ambik masa 10-12 hari utk sembuh. Antibiotik digunakan utk membunuh sel bakteria tadi.

Jadi apa pulak kuman? Kuman sebenarnya nama am yang merujuk kpd kedua2 makhluk seni inilah ~AS

Sedikit info mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

4 Oct, 2021, No comments

                                                          UN House bombing: Staff, families remember fallen victims – The Sun Nigeria
 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama (WWI) , league of nations, suatu intergovernmental organization ditubuhkn pada 1920 dan antara objektif utamanya adalah mngelakkn berlakunya lagi konflik yg bakal mngakibatkn perang besar. Namun league of nations gagal dan tercetusnya perang dunia kedua (1939-1945).

Sbg gntinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB atau United Nations (UN) ditubuhkn pada 1945 dengan keanggotaan awal 51 negara. Setakat ini, 193 negara mengangotai UN . UN terdiri daripada 6 badan utama ie :

i ) general assembly- terdiri drpd semua 193 negara anggota ..assembly bertemu setiap tahun pada September dan brbincang/ berdebat pelbagai isu sejagat. Semua negara anggota mempunyai hak mngundi sekali kecuali Palestine dan Vatican city shj yg tidak boleh mngundi tetapi dibenarkn mngambil bahagian di dlm perbahasan.


ii) security council (majlis keselamatan) ..kewujudannya sbg satu badan mncegah konflik dr merebak, mewujudkn kestabilan secara diplomasi . Terdapat 5 negara sbg ahli tetap majlis keselamatan ini ie UK, US, France, Russia dan China..lg 10 negara adalah ahli bukan tetap yg dipilih setiap 2 tahun sekali bg mewakili region masing2. Semua anggota tetap majlis keselamatan mempunyai kuasa veto yg berupaya 'overwrite' keputusan undian di dlm majlis keselamatan

iii) economic and social council-untuk meningkat taraf hidup dan hak asasi manusia di kalangan ahli-ahli

iv) international court of justice- yg terletak di the Hague, Belanda

v) trusteeship council- yg ditubuhkn sejak awal penubuhsn UN dgn objective membantu negara2 mndapat kemerdekaan tetapi badan ini sudah tidak aktif sejak 1994 slps membantu lebih 70 negara mncapai kemerdekaan

vi) secretariat- badan pentadbir UN yg diketuai oleh UN Secretary General (Setiausaha Agong PBB) . Secretary General UN kini adalah Mr Antonio Guterres dari Portugal , yg jg merupakan bekas Perdana Menteri Portugal. Beliau merupakan Secretary General UN yg ke-9Ibupejabat UN adalah di new York. UN jg mempunyai pejabat di Vienna, Geneva dan Nairobi.~AS





Holland atau Netherlands. Apa pula beza England, Britain & United Kingdom?

3 Oct, 2021, No comments
 Bila disebut Holland , pasti ramai akan merujuk kepada negara Belanda.  tetapi Holland atau the Netherlands bila merujuk kpd Belanda? Ramai juga yang kata Holland. Sebenarnya kurang tepat tul, Holland tu hanya salah satu wilayah di dalam negara Belanda. Terdapat  12 wilayah semua; Holland pula terbahagi kepada  North Holland dan South Holland. Jadi jawaban yang betulnya ialah Netherlands. 


Peta Netherlands (Belanda) . Gambar dari Google map


Apa pulak beza England , Britain dan United Kingdom (UK) ? Sebenarnya England berada di dalam Britain & juga United Kingdom..bila disebut Britain hanya merujuk kpd gabungan England, Scotland & Wales yang juga disebut pulau Britain .manakala United Kingdom pula merujuk kpd England, Scotland, Wales & Northern Ireland (bukan Ireland ..Ireland negara berbeza. Pada paspot British pula ditulis United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland~ AS


Map of United Kingdom with Counties - Travel Conceptual
Peta negara United Kingdom. Gambar dari Google map


Sang Bedal dan drone

2 Oct, 2021, No comments
Seorang jurugambar sempat merakam detik-detik seekor buaya melompat dan menggigit drone, lapor BBC News. Kejadian dilaporkan berlaku ketika jurugambar Australian Brodcasting Corporation tersebut sedang menerbangkan dronenya agak rendah di Taman Crocodylus, Darwin Jajahan Utara Australia. . video : https://www.bbc.com/news/av/world-58773120
"Itu adalah drone baru, tentu sukar bagaimana nak terangkan kepada boss nanti" , kata jurugambar tersebut ~ AS

Lelaki mabuk tidak sedar dialah orang hilang yang dicari

1 Oct, 2021, No comments
Seorang lelaki Turki yang mabuk turut sama menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) beberapa jam sebelum menyedari bahawa pasukan itu sebenarnya mencari dirinya, lapor dailymail.co.uk .

A drunk Turkish man spent hours helping look for a missing person with a search and rescue party before realising they were looking for him
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mencari Beyhan Mutlu : Gambar kredit dailymail.co.uk

Beyhan Mutlu, 50 berasal dari Inegol di wilayah Bursa barat laut Turki keluar bersama rakan-rakannya sambil minum sebelum beliau merayau ke dalam hutan berhampiran. Isterinya yang bimbang akan keselamatannya  kerana beliau tidak pulang ke rumah bertindak dengan membuat laporan polis. Semasa merayau seorang diri, Mutlu terserempak dengan sekumpulan pasukan penyelamat dan sukarelawan dan beliau turut sama dalam misi pencarian itu tanpa menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang mencari dirinya. 

Beliau hanya sedar apabila salah seorang dari pasukan penyelamat menjerit memanggil namanya. " Saya di sini" jawab Mutlu. Beliau berkata " Jangan hukum saya dengan keras, tuan. Nanti bapa saya akan bunuh saya"  Pasukan penyelamat seterusnya membawa beliau pulang. Tidak diketahui samada dia ditahan atau tidak atas perbuatannya itu ~ AS

Apa beza Komet, Asteroid , Meteoroid , Meteor & Meteorite?

1 Oct, 2021, No comments


Bila kita lihat ke langit terutama di waktu malam yang cuacanya baik, kita akan dapat melihat suasana angkasa yang sangat luas dihiasi cahaya bulan serta kerdipan bintang-bintang yang tiada penghujungnya. Menurut para saintis, terdapat triliun galaksi di angkasa. Salah satunya adalah galaksi kita yang dikenali sebagai Galaksi Bima Sakti (Milky Way). Di dalam Milky Way nilah sistem suria kita terletak yang mana matahari ( sejenis bintang) adalah menjadi 'host star' Kesemua planet di dalam sistem suria mengorbit mengelilingi matahari.

Selain dari pada planet, terdapat juga komet, asteroid , meteoroid, meteor & meteorite ..apa beza dema ni semua??

Ok semua ni adalah dari angkasa lepas,,batu2 , metal , gas dan ais..Jom kita bahagi satu persatu bg mudah paham, Jom kita perincikan: 

Komet - Komet adalah gumpalan 'bola' terdiri drpd partikel2 dust (kira mcm habuk2 dari angkasa) batu , metal , gas dan diseliputi ais tebal yg mengorbit matahari..sama mcm planet dlm sistem suria kita ni cumanya orbit komet ni lonjong dari sehampir matahari hingga ke luar jauh melepasi planet Neptune iaitu kawasan yg dinamakan 'kuiper belt'

Bila komet ni menghampiri sesuatu yg panas mcm cahaya matahari, ais yg menyeliputi gumpalan bola tadi akan berubah dari bentuk solid kpd gas..ini mngakibatkan terjadi halo light glow , bercahaya keliling komet tadi .fenomena.ini dipanggil COMA .. comet bergerak dan menghasilkan angin kuat dari pergerakan komet tadi dan menjadikan satu bentuk panjang..sebab tu nampak seakan ada ekor pada komet tadi . Komet yg femes tentulah ramai tahu..Komet Haley yg akan melintasi bumi setiap 75 ke 76 tahun sekali . klu ikut kiraan , pada July 2061 Komet haley ni akan melintasi bumi.

Asteroid apa pulak? Pada dasarnya asteroid ni sama mcm komet cumanya ianya tidak dilitupi ais...hanya ais, batu dan metal. Kebanyakan asteroid ni terdapat di luar lingkaran orbit Neptune yg dipanggil kuiper belt ..asteroid juga boleh didapati di antara planet Marikh dan planet Musytari yg dipanggil asteroid belt...Asteroid juga mengorbit mengeliling matahari. Saiz asterod ni dari sekecik 3 kaki hingga sebesar2 sebuah bandar.


Gambar dari Google image :  Sistem Suria Kita

Seterusnya meteoroid .... secara teknikalnya meteroid ni adalah serpihan2 batuan dari angkasa yg terapung di dlm sistem suria kita. Saiz meteoroid ni berbeza2..dari sekecil2 bijik gandum ..saiz meteoroid ni lebih kecik dari saiz asteroid. kebanyakan meteroid ni berasal dari kawasan asteroid belt tadi namun ada jugak yg berasal dari Marikh dan dari bulan kita

Meteor - Ok ..meteor ni adalah istilah yg bertukar..mana2 meteoroid yg melanggar atmosfera bumi dipanggil meteor ..ala mcm padi..beras ,,nasi..bertukar2 lepas melalui proses tertentu..Bila mana meteorod yg melanggar atmosfera bumi , ianya akan terbakar..nampak bercahaya..ini jugak dipanggil shooting star. Jadinya 'meteor shower tu terjadi bilamana terdapati banyak meteoroid berlanggar dengan atmosfera bumi lalu terbakar dan mghasilkan cahaya yg banyak di langit

Meteorite - ok..meteorite ni adalah meteor yg berjaya melepasi atmosfera bumi tadi dan jatuh ke bumi .Kebanyakan saiz meteorite ni kecik ,,ada yg sebesar guli sahaja tapi ianya tetap bahaya disebabkan halajunya meningkat ketika berjaya melepasi atmosfera bumi. sebenarnya agak susah untuk meteoroid ni melepasi atmosfera bumi yg tebal tu,,biasanya akan terbakar (jadi meteor je)...bukan tak ada, ada cuma jarang..jarang~ AS

Recent Posts

  • Voyager Space Probe 1
    6 Oct, 2022
  • Antara Presiden & Perdana Menteri
    10 Oct, 2021
  • Beza Bakteria & Virus. Apa pula kuman?
    9 Oct, 2021
  • Sedikit info mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
    4 Oct, 2021
  • Holland atau Netherlands. Apa pula beza England, Britain & United Kingdom?
    3 Oct, 2021
  • Sang Bedal dan drone
    2 Oct, 2021
  • Welcome post
    2 Oct, 2021


Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more